Syarikat Tempatan Bakal Hasilkan Senjata TLDM

Di langsir dari blog BETHOROKOLO. Blog klecam-klecem ini memberikan informasi tentang Kabar Militer Indonesia, Update Info Militer Dunia dan Indonesia, Alutsista Militer, Alutsista Negara Indonesia, Alutsista TNI. Kali ini mengupdate artikel tentang Syarikat Tempatan Bakal Hasilkan Senjata TLDM.






09 Desember 2011

Meriam Bofors 40mm yang terpasang pada kapal patroli KD Serang (photo : TLDM)

LANGKAWI - Syarikat pertahanan dan keselamatan dunia, BAE Systems memperkenalkan program pembangunan vendor yang akan membolehkan lebih banyak pengeluar tempatan terlibat dalam pembuatan senjata untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bofors Asia Sdn. Bhd. (Bofors Asia), Bengjt Bjurstrom berkata, menerusi program itu juga, BAE Systems akan memindahkan teknologi persenjataan Bofors dari Sweden kepada industri tempatan.

Menurutnya, perbincangan dengan pihak-pihak terbabit untuk melaksanakan program itu sedang berjalan lancar.

Jelas beliau, jika terlaksana, Malaysia bakal menjadi pengeluar dan pengedar senjata Bofors utama untuk rantau ini.

"Untuk program masa depan, Bofors Asia akan mengeluarkan senjata baru bagi kegunaan tentera laut yang banyak komponennya dihasilkan oleh pengeluar tempatan menerusi program pembangunan vendor," katanya pada sidang akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

Bjurstrom berkata, kini terdapat 10 syarikat tempatan terlibat dengan program dan projek Bofors Asia.



Sekian blog klecam-klecem ini memberikan informasi tentang Kabar Militer Indonesia, Update Info Militer Dunia dan Indonesia, Alutsista Militer, Alutsista Negara Indonesia, Alutsista TNI dengan artikel tentang Syarikat Tempatan Bakal Hasilkan Senjata TLDM semoga bermanfaat. Terimakasih telah membaca blog klecam-klecem.

0 komentar:

Posting Komentar